SYARAH TAUHID DARI TUAN GURU SHEIKH AHMAD MUHAYIDDIN

Assalamualaikum wbt..post kali ini berkaitan dengan ilmu tauhid berdasarkan kajian Tuan Guru Ustaz Ahmad Junaidin(Presiden Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (A) Jabat Kilat Malaysia).Saya merasakan bahawa masih ramai diluar sana yang bila ditanyakan tentang rukun syahadah mereka tidak akan mampu menjawab soalan ini.Jadi saya berpendapat bahawa hal ini merupakan tanggungjawab saya bagi berkongsi kajian Tuan Guru saya berkaitan Tauhid kerana ia merupakan elemen yang paling penting dimana tanpa akidah yang mantap,kita akan mudah digugat.Pemahaman yang jitu berkaitan dengan ilmu-ilmu akidah akan menyelamatkan kita terpesong atau terkeluar dari akidah secara tidak sedar melalui percakapan,perbuatan atau niat di dalam hati.Jadi,saya mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata dalam segala perbuatan yang saya lakukan,melatih diri supaya membetulkan niat supaya ikhlas terhadap Allah taala kerana bukan mudah bagi hamba yang serba kekurangan dari pelbagai sudut seperti saya ini untuk lari dari sikap-sikap mazmumah seperti riak,takbur,ujub,sum’ah,bangga diri,zhon,syak.Sekian,Assalamualaikum
Al-Allamah Tuan Guru Ustaz Ahmad Junaiddin
(Ringkasan Pok Nik atas matan, syarah dan kajian Ustaz Ahmad)
Bahan ini dibuat di atas kebenaran Al-Allamah Ustaz Ahmad Junaiddin
Firman Allah SWT (mafhumnya)
Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan dari bumi, yang dapat menghidupkan (orang-orang mati)? Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah Yang mempunyai ‘Arasy daripada apa yang mereka sifatkan. (Al-Anbiya’: 21-22)
Kalimat Tauhid
Bagi Muslim yang telah mencapai had taklif syarak (akil baligh), difardhukan ke atas diri mereka untuk mengetahui dan memahami dengan jelas, tahkik (yakin tanpa berbolak-balik) dengan jazam yang putus, dengan dalil yang jelas mengenai makna tersurat dan tersirat kalimah tauhid.
Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah
Apabila diterima kalimah ini, maka wajiblah ke atas diri mereka akan 3 perkara :
a. Memaksa diri* menerima dan melaksanakan perintah (Lihat Rukun Islam di
bawah)
b. Memaksa diri* menjaga hukum
c. Wajib redha dengan qada’ dan qadar Allah SWT. (Lihat Rukun Iman (Mafsal) di bawah
* Melatih diri dan berusaha sesungguh hati
Firman Allah SWT : (mafhumnya)
Dan ia (Ibrahim) menjadikan kalimat tauhid itu kalimat yang kekal pada keturunannya supaya mereka kembali kepada kalimat tauhid ini. (Az-Zukhruf: 28)
Tauhid Rububiyah dan Uluhiyah (secara ringkas)
Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuhan sekelian alam.
Tauhid al-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkan Allah dalam ubudiah dan mohon pertolongan.
Firman Allah SWT (mafhumnya)
“Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi) kepada kaumnya, lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah, (kerana) sesekali tiada tuhan melainkan Dia.” (Al-Mu’minun: 23)
Firman Allah SWT : (mafhumnya)
Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa”. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seseorang pun yang setara dengan Dia”. (Al-Ikhlas: 1-4)
Menafikan sifat Keserupaan (Al-Musyabahah) dan Sifat Kekurangan pada Allah SWT
Semua yang bersifat berjisim, bermasa, berdimensi dan seumpamanya itu ternafi daripada Allah kerana elemen-elemen ini berubah-ubah, sedang Al-Khaliq jauh sekali daripada sifat-sifat berubah; dan sifat berbilang-bilang juga ternafi daripadaNya, kerana sifat berbilang itu bersusun, sedangkan Tuhan Adalah Maha Esa.
Larangan Allah SWT dari mengambil selainNya
Firman Allah SWT (mafhumnya)
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,” mereka menjawab: “(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami”. “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?” (Al-Kahfi : 170)
Firman Allah SWT (mafhumnya):
“Maka janganlah kamu menjadikan tandingan-tandingan (andad) bagi Allah sedang kamu mengetahui.” (Al Baqarah: 22)
Dua Kalimah Syahadah (secara ringkas)
Setelah kita memahami maksud tauhid maka wajiblah ke atas setiap diri yang mukallaf (berakal, baligh, cukup umur) itu untuk menerima dua kalimah syahadah, beri’tiqad dan beramal dengannya dengan jazam yang putus :
Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah (Pesuruh Allah)
Dari satu riwayat (Ahmad Ibnu Hanbal sahih isnadnya):
“Telah diberitakan kepada kami Abdullah, telah diberitakan kami ayahku, telah diberikatan kepada kami Abdul Razak, telah memberitakan kepada kami Ibnu Juraih katanya, telah diberitakan kepada kami Abullah bin Usman bin Khusaim bahawasanya Muhammad bin Al-Aswad bin Khalaf menkhabarkan kepadanya bahwasanya ayahnya al-Aswad telah melihat Nabi SAW membai’ah manusia pada hari pembukaan Mekah. Katanya: Nabi duduk di qarnun musqolah maka dia membai’ah manusia di atas Islam dan syahadah. Berkata al-Aswad: Aku bertanya apakah itu syahadah? Katanya telah mengkhabar kepadaku Muhammad bin Al-Aswad bin Khalaf bahawasanya baginda membaiah mereka di atas beriman dengan Allah dan penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu hambaNya dan RasulNya.
Dua Kalimah Syahadah
Terbahagi kepada 2 bahagian :
a) Syahadah Allah SWT dan
b) Syahadah Rasulullah SAW
Fardhu Syahadah
Diikrarkan dengan lidah dan ditashdiqqan dengan hati
Kesempurnaan Syahadah
a) Diketahui (maksudnya),
b) diikrarkan,
c) ditashdiqqan,
d) diyakini
Rukun Syahadah
Mengisbatkan (membenarkan) Zat, Sifat, Af’al Allah SWT dan Kebesaran Rasulullah SAW
Sah Syahadah
a) Diketahui,
b) diikrarkan,
c) ditashdiqqan dan
d) diamalkan
Batal Syahadah
a) Syirik,
b) Syak/Zhan/Waham/Was-Was (tentang kebenaran Allah SWT),
c) Menyangkal diri diciptakan Allah SWT,
d) Tiada diisbatkan Zat Allah SWT.
Iman
Terbahagi kepada 2 bahagian
Iman Majmal & Mafsal (berhimpun/bercerai berai)
Iman Majmal
a) Percaya kepada Allah SWT dan FirmanNya,
b) Percaya kepada Rasulullah SAW dan sabdanya.
Iman Mafsal
iaitu 6 Rukun Iman :
a) Percaya kepada Allah SWT,
b) Malaikat-MalaikatNya,
c) Kitab-KitabNya,
d) Rasul-RasulNya,
e) Hari Akhirat,
f) Qada’ dan Qadar
Fardhu Iman
a) Mengikrarkan dengan lidah,
b) mentasdiqqan dengan hati dan
c) diperbuat dengan segala anggota,
mengikut ijmak Khulafa Ar-Rasyidin
Syarat Iman
a) Kasih kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitabullah, Auliaullah, Nabiyullah,
b) Benci kepada seteru Allah SWT,
c) Takut kepada azab Allah SWT,
d) Harap kepada rahmat Allah SWT,
d) Membesarkan segala suruhan Allah SWT dan mengerjakannya dan
e) Menjauhi segala laranganNya.
Batal Iman
a) Syirik,
b) menghalalkan yang haram,
c) membinasakan sesama makhluk dengan menzalimi dan berdendam,
d) berselisih faham sesama muslim sehingga tiga/tujuh hari,
e) meringankan syariat Nabi SAW,
f) tidak takut gugur iman,
g) menyerupai perbuatan kafir*,
h) putus harap dengan rahmat Allah SWT,
i) memakai pakaian kafir*,
j) menghadap selain kiblat.
Nota
*Menyerupai Perbuatan Kafir ialah mengikut cara, resam atau ibadah yang bertentangan dengan Islam
Perlu difahami bahawa *memakai pakaian kafir di sini ialah memakai pakaian yang tidak menutup aurat atau boleh mencetuskan perbuatan maksiat. (pakaian yang ketat bagi wanita sehingga tampak susuk tubuhnya)
Islam
Rukun Islam
a) Mengucap dua kalimah syahadah,
b) solat lima waktu sehari semalam,
c) berpuasa di bulan Ramadhan sebulan setahun hijrah,
d) mengeluarkan zakat apabila cukup haul/nisab,
e) mengerjakan ibadat haji ke Baitillah sekiranya berkemampuan sekali seumur hidup.
Syarat Islam
a) Sabar atas hukum Allah SWT,
b) Redha ke atas qada’ Allah SWT,
c) Ikhlas dalam menyerahkan diri kepada Allah SWT,
d) mentaati segala suruhan Allah SWT dan Rasulullah SAW dan
e) menjauhi segala tegahanNya.
Batal Islam
a) Amal tanpa ilmu,
b) ilmu tanpa amal,
c) tidak berguru,
d) tabiat suka mencela orang-orang yang berbuat kebajikan di jalan Allah SWT
Tanda-Tanda Islam
a) Tawaddak,
b) tidak berbohong,
c) tidak tamak haloba,
d) tiada mazmumah,
e) tiada makan minum yang haram
Ihsan
Beribadat “seolah-olah” nampak akan Allah SWT, Jika tiada mampu, merasakan “seolah-olah” Allah SWT nampak akan kita. *(Selaras dengan Hadis Nabi SAW)
(Rujuk Rabitah/Wasilah di bawah)
Apabila menolak Kalimat Tauhid/Dua Kalimah Syahadah
Kerosakan ke atas Aqidah, Syariat dan Akhlak
Tanpa ketiga-tiga asas utama yang disebutkan di atas, maka akan terganggulah perintah-perintah wajib yang lain seperti dalam solat, amalan dsb.
Antara gangguan yang akan berlaku ialah percampuradukan unsur-unsur kufur dan maksiat yang disadurkan ke dalam iman dan taat; dalam hal-hal yang membabitkan:
a. aqidah, iktiqad,
b. amalan, wirid, ibadah
c. pelaksanaan syariat,
d. pengorbanan diri dan harta
Contoh-Contoh Kerosakan Aqidah, Syariat dan Akhlak
Kita melihat ramai Muslim hari ini seolah-olah tidak menghiraukan kerosakan yang berlaku ke atas diri mereka seperti :
a. jahil murakab atau basit,
b. taghut,
c. beramal tanpa ilmu atau berilmu tanpa amal,
d. belajar tanpa guru,
e. ikut/taklid membabi-buta/membuta tuli
f. jahil kaedah Bahasa Arab (kekeliruan/penyelewengan tafsiran Al-Qur’an, Hadis, Ijmak dan Qias)
g. berfahaman yang selain dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah secara disedari ataupun tidak.
h. ajaran sesat dan menyeleweng (contohnya iktikad hulul, wahdatul wujud, tanasikhul arwah dll)
i. putus asa dengan rahmat Allah SWT
j. khayalan dan panjang angan-angan
k. bersegera dalam melakukan kerja-kerja kufur, bidaah dholalah dan karohah,
l. syirik, murtad, munafik, zalim, zindiq dan fasiq,
m. mudah berburuk sangka, irihati, panas baran, bohong, khianat dsb.
n. sikap suka menegak benang basah, ujub, riak dan takabbur
o. berpegang teguh pada hukum kebiasaan alam seperti adat dsb.
p. budaya kuning dan sekular,
q. tahsinul aqli, tamrinul aqli (menafsir mengikut logik akal semata-mata tanpa/atau menolak terus aspek kerohanian/agama)
r. isme-isme dan falsafah-falsafah yang menyesatkan,
s. jenayah pelbagai seperti merogol, mencuri, merompak, menyamun, menipu, sumbang mahram dsb.
t. Memasuki ajaran sesat atau yang sebangsa dengannya
u. Terlibat dalam sihir, syakwazah, istidraj dll samada disedari atau tidak
v. Bersahabat dengan jin, belaan atau khadam untuk membantu kerja-kerjanya,
w. Menggunakan bomoh atau dukun yang sesat,
w. Dirasuk saka keturunan
dan banyaklah lagi.
Firman Allah SWT (mafhumnya) :
Dan mereka adakan (hubungan) nasab antara Allah dan antara jin. Dan sesungguhnya jin mengetahui bahwa mereka benar-benar akan diseret (ke neraka ) (As-Saffat:158)
Firman Allah SWT (mafhumnya):
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir “Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya . Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. (Al-Baqarah:102)
Semuanya ini dilakukan bagi mendapat publisiti murahan atau untuk menjadi ketua suku kaum dan golongan tertentu, jamaah, halaqah, gengster/kumpulan kongsi gelap, ahli sihir atau dukun/seni mempertahankan yang menyesatkan dsb,
Ada yang menamakan/mengisytiharkan diri mereka dengan pelbagai gelaran, raja, panglima, laksamana, temenggong, bendahara, syahbandar, hulubalang, nujum, bomoh/dukun, bidan, mak andam, mudim dsb. dengan tanda-tanda tertentu, simbol-simbol (termasuk lambang tertentu dan tatu) dan seumpamanya yang ada pada diri atau persekitaran mereka.
Sabda Rasullullah SAW bermaksud:
“Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah. Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)
Gangguan dan hasutan Iblis juga mampu menyesatkan golongan sufi dan ulama Islam, tok-tok guru agama dan guru silat termasuk pengikut-pengikut mereka yang mengaku umat Muhammad SAW tetapi terlibat dalam; antara lain :
a. mubaiah atau sumpah atau perjanjian yang taabud yang menepati hukum syarak – tidak kira wajib, sunat, harus, makruh, halal atau haram,
“Berkata Maimunah binte Raqiqah ‘Aku mendatangi Rasulullah s.a.w bersama kaum wanita. Kami membai-atnya atas Islam. Lalu kami berkata ‘Wahai Rasulullah! Kami membai-at kamu untuk tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, kami tidak akan mencuri, kami tidak akan berzina, kami tidak akan membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan mendatangi cerita bohong yang kami reka di antara dua tangan dan kaki kami, kami tidak akan melakukan maksiat terhadap kau dalam perkara yang makruf’
Berkata Rasulullah S.A.W, *‘Pada kadar yang kamu mampu dan berupaya’…..” (Riwayat Malik & At-Tirmizi)
Di sini Rasulullah SAW menegur Maimunah kerana bai-atnya berbunyi bagaikan ‘sumpah’ (yang menepati hukum syarak iaitu ‘tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak, tidak berbohong dan tidak akan bermaksiat’ – sebab itu Rasulullah SAW menjawab – *’Pada kadar yang kamu mampu dan berupaya’
Kita berbaiat dengan niat kerana Allah SWT bagi berbuat kebaikan sekadar kemampuan. Kita ini manusia biasa dan pasti akan melakukan kesalahan dan dosa – kecil atau besar, sedar atau tidak sedar, dahulu – kini dan akan datang, dan kita masih mempunyai masa untuk bertaubat selagi maut tidak menjengah.
Ini juga merupakan prinsip yang harus menjadi pegangan semua pertubuhan silat, siasah atau yang memperjuangkan agama iaitu menentang bai-at bersumpah yang menepati hukum syarak.
Lain-lain keburukan yang sering mengganggu golongan sesat ini ialah :
b. ujub, riak, takabbur dalam mempamerkan kelebihan yang ada pada dirinya seperti makbulnya doa, dapat menunjukkan perkara yang mencarik adat dsb,
c. iman dan taat yang tersadur kufur dan maksiat sehingga membawa kepada syak, zhan, waham, khayalan dsb,
d. merombak-rungkai tafsir ayat-ayat Allah SWT, Hadis Baginda Rasulullah SAW, Ijmak dan Qias termasuk mengada-ngadakan ajaran yang tidak ada dalam agama (ajaran saduran atau tampalan)
e. mempersendakan Allah SWT, Baginda Rasulullah SAW, Para Sahabat, Tabiin dan Ulama,
f. menggugurkan taklif syarak ke atas diri mereka dan pengikutnya,
g. menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal,
h. tidak payah solat, puasa, zakat atau haji,
i. mengeluarkan hukum yang salah atau mentafsir hukum mengikut nafsu,
j. i’tiqad hulul seperti mengaku Tuhan dsb.
Firman Allah SWT: (mafhumnya)
Tetapi ia (Fir’aun) mendustakan dan mendurhaka. Maka dia mengumpulkan(pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. Maka ia berkata: “Akulah tuhan kamu yang paling tinggi”. Maka Allah mengazabkannya dengan azab akhirat dan azab dunia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut. (kepada Tuhannya)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Orang-orang Islam (diikat) bersama syarat-syarat mereka kecuali syarat-syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.”(Riwayat At-Turmuzi, Ibn Majah & Abu Daud)
Sabda Baginda lagi:
“Tiada ketaatan kepada sesiapa dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya taat hanya pada perkara yang makruf (baik).”(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Golongan ini juga ada yang hanya mengambil Islam sebagai pegangan agama dan mengingati Allah SWT semasa berada atau beribadah atau mendengar tazkirah agama di masjid atau surau atau di rumah. Selepas itu, mereka akan lupa dan meninggalkan ajaran Islam serta menjadi alpa dalam mengingati Allah SWT. Walhal Allah SWT telah memerintahkan kita supaya mengingatiNya setiap masa.
Firman Allah SWT mafhumnya :
“Maka ingatilah Allah dalam keadaan kamu berdiri, duduk dan ketika kamu baring.” (An-Nisa’:103)
Selain itu terdapat juga ada yang sanggup mengambil berhala (asnam) tidak kira apa namanya secara tidak disedari nisbahnya seumpama Majusi, Buddha, Hindu dll. di samping mengambil andad (mengadakan tandingan dengan Allah SWT) iaitu berhala dalam ubudiah.
Firman Allah SWT (mafhumnya) :
Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya”. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar. (Az Zumar:3)
Ini berlaku secara tidak disedari menerusi pergantungan terlalu kuat kepada :
a) sesuatu wirid ,
b) azimat, selendang, batu hikmat, cincin, keris dsb.
c) tabiat bergantung kuat kepada usaha dan ikhtiar bagi menzahirkan sesuatu hajat dan
dan beranggapan pergantungan dan tabiat inilah akan memberi bekas dengan sendirinya sehingga lupa kepada Qudrat dan Iradat Allah SWT.
Ramailah umat Islam yang tertarik dan menjadi pengikut mereka kerana kagum dengan apa yang dapat dilakukan oleh golongan ini. Walhal ianya adalah khayalan dan muslihat istidraj semata-mata.
Kejadian Malaikat
Kejadian Malaikat adalah daripada cahaya nurani atau laser yang murni (latif) Malaikat tidak mempunyai jantina samada lelaki atau perempuan, jantan atau betina. Mereka diizinkan Allah SWT untuk menukar wajah dan bentuknya dalam rupa yang baik.
Sepertimana Iblis dan Jin, Malaikat juga tidak boleh membuat rupa Nabi Muhammad Rasulullah SAW atau mengaku dirinya Tuhan. Mereka menjadi pembantu kepada Para Rasul dan Anbia alaihimussolaatuwassalaam dalam bentuk mukjizat serta menjadi penolong kepada Mukmin dalam bentuk karamah, maunah dan irhas.
Darjat iman dan taat pada para Malaikat tidak pernah bertambah dan tidak pernah berkurang. Mereka dijadikan Allah SWT untuk patuh melaksanakan kerja-kerja yang baik secara khusus. Setiap atau sejumlah Malaikat mempunyai tugas masing-masing. Mereka tidak bercantum menjadi satu (ittihad) sebagaimana golongan jin dan tidak pula mengganggu tugas-tugas malaikat lain.
Perjalanan mereka dipanggil ‘lipat bumi’. Nisbah kelajuan golongan Malaikat ialah 70,000 kali ganda kelajuan jin dalam satu saat paling kurang. Tetapi satu saat kelajuan mereka tidak dapat mengatasi satu saat kelajuan Nabi Muhammad Rasululllah SAW semasa lailatul mikraj.
Allah SWT juga telah menjadikan Malaikat sepuluh kali ganda daripada jumlah jin di mana jumlah jin hanya 1/10 daripada jumlah malaikat.
Kejadian Jin
Azazil dan bala tenteranya dijadikan Allah SWT tidak terkira banyaknya. Jika:
Jumlah manusia
+ Jumlah Pasir di laut dan sungai
+ Jumlah haiwan/binatang air dan daratan
+ Jumlah pokok kayu/tumbuh-tumbuhan/herba/rumput, daun-daunnya, ranting-rantingnya, akar-akarnya (yang tumbuh melata atau tidak sejak dijadikan Allah SWT sehingga hari Qiamat)
= 1/10 jumlah jin dan masih ada baki 9/10 lagi
Kejadian Jin adalah cantuman zarah (atau atom/nukleus) api maarij dan angin samun yang sangat panas berasal daripada pucuk api neraka yang paling bawah. Dari sini mereka zahir dalam bentuk asap dan wap. Mereka juga berjantina – jantan dan betina. Mereka dapat menyamar sebagai manusia dengan bentuk dan suaranya kecuali Nabi Muhammad Rasulullah SAW selain menjadi rupa binatang seperti anjing dan babi serta mengaku dirinya Tuhan.
Golongan jin yang ramai ini mampu bercantum menjadi satu Jin yang kuat bagi tugas menghasut dan merasuk manusia. Golongan jin juga mampu berjalan dengan laju, cepat dan tangkas.
Ada yang beragama Islam dan ada pula yang tidak. Namun yang berada pada iman dan taat mampu bertukar menjadi kufur dan maksiat. Ada yang kekal selama-lamanya disertai sifat cepat berputus asa dengan rahmat Allah SWT.
Firman Allah SWT : (mafhumnya)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas. (Surah Al-Hijr ayat 26 – 27)
Kembali kepada Iman dan Taat dan Tinggalkan Kufur dan Maksiat (Ringkasan)
Amarah, Lawwamah dan Mulhamah
Majoriti Umat Islam hari ini berada dalam 3 tingkatan nafsu iaitu ammarah bisuu, lawwamah dan mulhamah. Secara ringkasnya ketiga-tiga tahap ini memaparkan kecacatan (mengikut tahap) pada ilmu dan amalnya dan nyata tanda-tanda syirik, kufur dan engkar pada lidah, hati dan anggotanya dalam konteks aqidah, syariah dan akhlak.
Firman Allah SWT : (mafhumnya)
“Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh melakukan kejahatan” (Yusof:53)
Ada tiga bentuk penegasan – ‘In’ (Innannafsa) – taukik, ‘Lam’ (La-ammarah-bissuu) – isim fil mubalaghah-taukik/fill. Ketegasan kepada ‘sangat menyuruh’ atau ‘bersungguh-sungguh’ (mengajak kepada kejahatan)
Mutmainnah, Radhiah dan Mardiah
Daerah-daerah yang terbaik ialah mutmainnah dan lain-lain yang menuju kepada a’la haqqul yakin, kamilah atau kamilatul kamilah iaitu daerah kerohanian yang tinggi. Golongan ini adalah golongan yang suka bertaubat nasuha. Sentiasa rabitah dan wasilah kepada Nabi Muhammad Rasulullah SAW serta sukar untuk Azazil dan bala tenteranya mengganggu.
Firman Allah SWT: (mafhumnya)
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Orang-orang yang khusyuk dalam solat mereka. Dan yang berpaling daripada perkara sia-sia. Dan yang mengeluarkan zakat. Dan yang memelihara kemaluan mereka. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Maka barangsiapa mencari yang di sebalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janji-janji mereka. Dan orang-orang yang memelihara solat mereka. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu’minun: 111)
Tingkatan Kamaliah
Secara ringkasnya, selain gabungan sifat-sifat rodiah dan mardiah atas golongan ini, sifat golongan ini juga dikatakan hampir dengan sifat Nabi/Rasul dan para sahabatnya.
Ada di antara mereka digelar sebagai ulama muhaqqiqin atau ulama warisatul anbia. Bezanya dengan ulama-ulama lain ialah mereka tidak cepat menghukum seseorang di atas perbuatan yang salah tetapi mereka cuba mencari punca kenapa seseorang itu berbuat salah. Contohnya jika murid itu berakhlak buruk, ulama muhaqqiqin mencari puncanya dan mendapati akhlak buruk itu adalah disebabkan oleh punca gangguan syaitan atau rasukan jin, maka ulama muhaqqiqin akan berusaha menjauhkan manusia berkenaan daripada gangguan atau rasukan menerusi kata-kata nasihat, ilmu, amalan dll.
Inilah antara contoh-contoh am seorang insan kamil atau kamaliah.
Masih terdapat pecahan-pecahan tertentu dalam semua tahap/tingkatan ini (umpamanya Maghfirah, Safiyya dll) – cukuplah sekadar menyebut yang biasa dikenali ramai.
Kefahaman Asas Mengenai Rabitah dan Wasilah (Tawassul/Tabarruk)
Mencontohi Sunnatur Rasul
Kenapa para sahabat, tabiin, ulama dan seluruh umat Islam mencontohi Sunnah Baginda Rasulullah SAW ?
Ini kerana Sunnah baginda adalah didasarkan kepada akhlak yang bertepatan dengan kehendak Allah SWT daripada Al-Qur’anul Karim
Sayyidatina Aisyah r.a.
”Akhlak baginda (Rasulullah) adalah Al-Qu’ran.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Muslim)
Firman Allah Ta’ala (mafhumnya):
Wa maa yanthiqu ‘anil hawaa in hua illaa wahyun yuuha.
“Dan dia (Muhammad) tidak mengucapkan sesuatu kerana keluar dari hawa nafsunya, melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (Surah an Najm ayat 3 & 4).
Ulama sepakat (atas asbabub wurud) bahawa tafsir ayat ini bukan sahaja dimaksudkan ‘ucapan’ tetapi juga ‘tingkahlaku’ baginda SAW.
Di samping menghafaz Al-Qur’an sekadar kemampuan atau kesemua juzuk-juzuknya, kita juga lihat para sahabat beria-ia meniru perbuatan Rasulullah SAW seperti :
a. Makan dengan tangan kanan,
b. Meletakkan kain/lapik kepala sebelum memasuki tandas
c. Menggunakan kaki kiri semasa memasuki tandas dan kaki kanan semasa keluar dari tandas,
d. Menggunakan objek yang mirip digunakan oleh Rasulullah SAW apabila meriwayatkan Hadis Baginda untuk disampaikan kepada mana-mana mereka yang tidak dapat menghadiri majlis Baginda.
Contohnya, jika Baginda bersabda mengenai gugurnya dosa menerusi bertaubat, Baginda akan menggunakan dahan kayu dengan menggoncangkan dahan berkenaan sehingga gugur daun-daunan ke tanah. Perbuatan ini akan ditiru oleh para sahabat yang mendengarnya dan merawikan Hadis berkenaan kepada sesiapa yang tiada hadir semasa Hadis itu disabdakan.
e. Mendengar dan melatih diri untuk menepati cara, kaedah, rukun bersabit dengan ibadah, syariah dan akhlak yang ditunjukkan oleh Baginda,
f. Memakan kurma semasa berbuka puasa,
g. Memotong kuku di hari Jumaat,
h. Memulakan sesuatu pekerjaan dengan ‘BismillaahirRahmaanirRahiim’
Dan banyaklah lagi perbuatan baginda yang boleh dicari dengan mudah apabila merujuk kepada Al-Qur’an, Hadis dan Riwayat. Setiap sunnah yang dilakukan akan mendapat pahala dan sangat disukai Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW :
“Tidak sempurna iman seorang di antara kamu sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibubapanya, anaknya, dan semua manusia” (HR Bukhari).
Ada para sahabat kerana sangat cinta dan rindu kepada Rasulullah SAW sentiasa terbayang-bayang wajahnya jika berjauhan dengan Baginda walaupun sebentar.
Menurut Ibnu Mas’ud, Abu Musa al-Asy’ari, Shafwan, dan Abu Dzar, Rasulullah SAW telah bersabda mengenai seseorang yang ikhlas mencintainya,
”Seseorang akan berada di Yaumil Mahsyar bersama orang yang dicintainya.”
Mendengar hal demikian, para sahabat sangat berbahagia kerana mereka sangat mencintai baginda SAW. Pada suatu hari seorang sahabat hadir dalam majlis Rasulullah SAW, lalu berkata,
“Wahai Rasulullah, aku mencintaimu lebih dari mencintai nyawa, harta dan keluargaku. Jika berada di rumah, aku selalu terbayangkanmu. Aku selalu tidak bersabar untuk dapat berjumpa denganmu. Bagaimana jadinya jika aku tidak menjumpaimu lagi, kerana engkau pasti akan wafat, demikian juga aku. Kemudian engkau akan mencapai darjat Anbiya, sedangkan aku tidak?”
Mendengar itu Rasulullah terdiam. Tidak lama kemudian datanglah Malaikat Jibril menyampaikan wahyu,
”Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka akan bersama orang yang diberi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi, siddiqin, syuhada, dan shalihin. Mereka adalah sebaik-baik sahabat, dan itulah kurnia Allah Yang Maha Mengetahui” (QS An-Nisa : 69-70).
Para sahabat juga bertemu dengan Nabi SAW bagi memohon Baginda mendoakan hajat mereka atau seperti Sayyidina Khalid Al-Walid telah menggunakan janggut Baginda yang telah dicukur semasa berperang bagi tujuan tabarruk (mengambil berkat Nabi S.A.W.) dan bukannya menyembah atau bergantung kepada janggut berkenaan yang memberi bekas kerana ini adalah syirik uluhiah.
Kita juga pernah mendengar kisah dan sifat-sifat Sayyidina Uwais Al-Qarni r.a. yang sangat mencintai baginda dengan jiwa dan raganya (sepenuh hati).
Beliau (Uwais) digolongkan Rasulullah SAW dalam golongan para sahabat baginda walaupun baginda tidak pernah bertemu dengan Uwais.
Uwais hanya mengenali Rasulullah SAW menerusi rabitah dan wasilah. Malah para sahabat yang dekat dengan baginda SAW juga sangat kagum dengan Uwais sehingga akhirnya mereka mengunjungi Uwais sebagai menyampaikan amanat Baginda SAW setelah wafat.
Sabda Rasulullah SAW :
“Barangsiapa melihatku di waktu tidur maka dia benar-benar telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku.” [Rawi Bukhari (6993, 6994, 6996) dari Anas dan Abu Said Al-Khudri, Rawi Muslim (2266, 2268) dari Abu Hurairah Anas dan Jabir r.a.)
Inilah penerangan bagi memberikan kefahaman asas mengenai Rabitah dan Wasilah iaitu :
Suatu kaedah kefahaman ilmu dan amal bagi mencapai serta berada dalam tahap yakin, makrifah, darjat, iman dan taat, di mana semua yang disebutkan ini menjadi berlipat kali ganda dalam ubudiah dan mohon pertolongan yang ditumpu menerusi lidah, anggota dan hati dalam hidup dan kehidupan hanya semata-mata kepada Allah SWT.
Selain itu, hal-hal yang lebih kompleks bersabit musyahadah, tawajjuh, rabitah dsb. perlu dirujuk kepada peristiwa Israk Mikraj.
Ulama Pewaris Para Nabi
Oleh kerana umat selepas zaman para Rasul, selepas zaman Baginda Rasululllah SAW serta selepas zaman Khulafa Ar-Rasyidin sudah tidak lagi mengenali Rasulullah SAW kecuali menerusi penyampaian oleh Ulama Pewaris Nabi, maka mereka akan merujuk pula kepada para ulama ini yang mengetahui dengan jelas mengenai Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.
Maka, apa yang telah diajari oleh ulama atau guru termasuk perbuatan-perbuatan mereka itu akan menjadi contoh teladan dan panduan yang baik pula pada pengikutnya. Malah ada yang merindui dan mengasihi ulama sehingga teringat-ingat akan wajahnya pula.
Imam Al-Hafizh Al-Mundziri meriwayatkan sebuah hadits dari 40 hadits berkenaan dengan keutamaan menuntut ilmu, yakni bersabda Rasulullah SAW:
“Pandangan sekali kepada Ulama lebih Allah cintai daripada ibadah 60 tahun, berpuasa siang harinya dan berdiri ibadah pada malamnya”.
Kemudian sabda Baginda SAW: “Jika tiada Ulama niscaya binasa (celaka)lah umatku”.
Ada juga yang meminta ulama dan guru mereka tolong mendoakan mereka atas apa juga hajat kerana yakin ulama dan guru mereka dikasihi Allah SWT atau menerusi menghadiahkan Fatihah kepada mereka.
Inilah kefahaman asas kepada wasilah, tawassul dan tabarruk.
Sabda Rasulullah SAW :
“Kamu hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu.”
[Sebahagian hadis dirawikan Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurayrah r.a. semasa Jibril a.s. menanyakan Rasulullah S.A.W. mengenai ‘Ihsan’]
Allah SWT itu adalah laisakaamithliHii syai-un. Tidak ada yang menyerupainya. Kita hanya beribadah seolah-olah melihatNya atau Dia melihat kita.
Walaupun begitu, untuk mempraktikkannya (‘seolah-olah’) agak sukar kecuali dengan bimbingan ulama muhaqqiqin – jika tidak kita akan terjatuh pada sangkaan, syak, zhan, waham hasil tamrinul dan tahsinulaqli.
Sebagaimana Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq membenarkan Israk Mikraj (bahawa Rasulullah SAW bertemu Rabbul Jalil di Sidratul Muntaha dari kerana yakin Baginda SAW adalah Al-Amin. Sebagai murid atau pengikut, maka sudah pasti kita membenarkan apa yang dibawa oleh ulama dan guru kita yang ikatannya menerusi sanad yang sah sehingga kepada Rasulullah SAW

No comments:
Post a Comment